Latihan Asas Keusahawanan bersama Giatmara Kepong

29 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 27-28 Ogos 2020 yang lalu, Pusat Internet PA DBKL Desa Rejang telah bekerjasama dengan Giatmara Kepong untuk memberikan Latihan Asas Keusahawanan kepada pelajar-pelajar mereka. Para peserta Latihan Asas Keusahawanan ini terdiri daripada mereka dari jurusan Fashion & Dressmaking, Sulaman Berkomputer dan Solekan & Terapi Kecantikan. Mereka berminat untuk memahirkan diri menggunakan komputer dan melayari internet serta menambah pengetahuan mengenai asas keusahawanan. Latihan Asas Keusahawanan ini disambung untuk pembelajaran seterusnya, pelajar diuji pembelajaran sesi lepas untuk menguji tahap kefahaman. Seterusnya peserta menggunakan software `Canvas` untuk memahirkan diri untuk menghasilkan logo serta banner untuk perniagaan masing-masing.

Latihan Asas Keusahawanan ini diadakan pada 27-28 Ogos 2020 di Pusat Internet PPR Intan Baiduri dan berlangsung selama 2 hari (Khamis-Jumaat).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali